Marilah Kita Belajar Bahasa Malaysia
Wednesday, November 28, 2012
Audio dan Video
Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar
Kata Ganti Nama Diri
Lagu Kanak-kanak
Lagu Satu Malaysia
Tuesday, November 27, 2012
Tatabahasa
Kata Ganti Nama Diri
1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis , iaitu:
a. Kata ganti nama diri pertama
b. Kata ganti nama diri Kedua
c. Kata ganti nama diri Ketiga
3. Kata ganti nama diri boleh terdiri daripada bentuk tunggal(satu) dan bentuk jamak
(lebih daripada satu).
Bentuk Tunggal
|
Bentuk Jamak
|
saya, aku, hamba, beta, patik
|
kami, kita
|
awak, engkau, kamu, anda, tuanku, tuan hamba
|
anda semua, kalian
|
dia, beliau, baginda
|
mereka
|
Pilih jawapan yang sesuai.
1. Siew Ling berjanji akan pergi ke rumah Chi Kai petang ini. _________ akan
berbincang tentang topik karangan.
A. Mereka B. Kami C. Kalian D. Anda
2. “Marilah ________ makan bersama-sama,” kata Kak Ina kepada Salwa.
A. kita B. dia C. kamu D. beta
3. “Ampun tuanku, izinkan ________ menyiasat punca sebenar perbalalan antara
para pembesar istana,” sembah bendahara kepada Sultan Mahmud.
A. saya B. patik C. hamba D. kamu
4. “Bilakah ________ akan ke Perlis?” tanya Malik kepada Chong Meng.
A. patik B. kamu C. kami D. kalian
5. Ong Ying gemar bermain piano. _________ bermain pada waktu petang.
A. Beliau B. Saya C. Kau D. Dia
|
Penjodoh Bilangan
- digunakan untuk menentukan sesuatu benda, hal, tempat, perkara atau manusia
mengikut saiz, rupa, dan bentuknya.
- digunakan bersama kata bilangan dan kata nama dalam ayat.
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul.
1. Encik Gopal membuka se____________ kedai runcit di Taman Raya.
2. Setiap petang, Nazri akan membawa se__________ kambing peliharaannya ke
padang ragut.
3. Ayah menebas rumput dengan menggunakan se ___________ sabit yang tajam.
4. Pekerja itu mengait beberapa ___________ buah kelapa sawit.
5. Andy minum beberapa __________ air kerana dahaga.
6. Harga se___________ cincin berlian itu sangat mahal.
7. Siti membeli se____________ nasi lemak di gerai Pak Zami.
8. Anggota polis Berjaya menangkap dua ____________ pencuri yang memasuki
kedai itu.
9. Pak Dollah mempunyai se_____________ tanah yang luas di Kampung Pauh.
10.Bajunya telah terkena beberapa __________ dakwat.
|
Imbuhan ter-
-bercantum dengan semua kata dasar.
-bagi perkataan yang bermula dengan huruf r dan bercantum dengan imbuhan ter-,
salah satu r perlu digugurkan.
Contoh: ter + rasa = terasa
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Persatuan Bulan Sabit Merah turut _________ dalam jualan amal itu.
A. termasuk B. terbentuk C. terpilih D. terlibat
2. Mereka menjual pakaian dan alat permainan ___________ kepada orang ramai.
A. terbaik B. terpakai C. termahal D. terpilih
3. Kirana menangis _________ kerana kakinya luka.
A. terlonjak-lonjak C. tergesa-gesa
B. teresak-esak D. teraba-raba
4. Kakinya luka kerana _________ paku karat.
A. terpijak B. tertekan C. terambil D. terpot
5. Adik sedang _________ di ruang tamu rumah.
A. terduduk B. tersenyum C. terkejut D. terangkat
6. Abang cedera parah kerana ________ dari motosikalnya.
A. terhenti B. terjatuh C. terluka D. terkorban
|
Kata Sendi Nama
- digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa yang lain.
- hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Contoh kata sendi nama: bagi, untuk, dari, daripada, di, ke, pada, kepada, dengan, oleh,
hingga, sampai, seperti, bagai, tentang, akan, demi, sejak,
semenjak, terhadap, antara, sebagai
Gariskan kata sendi nama yang sesuai digunakan dalam ayat-ayat di bawah.
1. Mak Munah memotong buah mangga ( dengan / oleh ) pisau.
2. Hujan turun dengan tidak berhenti-henti ( sejak / hingga ) pagi tadi.
3. Ying Tat berasal ( daripada / dari ) Beijing.
4. Hadiah itu telah diserahkan ( pada / kepada ) pemenang pertandingan melukis.
5. Ayah memarahi abang kerana mandi ( ke / di ) kawasan lombong itu.
6. Berita ( terhadap / tentang ) pemalsuan dokumen itu hangat diperkatakan.
7. Dua ( dari / daripada ) lima orang anaknya diserang penyakit aneh.
8. Kutipan derma ini dibuat ( bagi / untuk ) membina sebuah perpustakaan mini.
|
Nilai Murni & Pengajaran
Latihan 1
Tulis empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Pasukan koir sekolah Suzan diumumkan sebagai johan. Suzan dan kawan-kawannya terlonjak-Ionjak kegembiraan. Sebagai ketua pasukan, Suzan dipersilakan naik ke pentas. Dia mewakili pasukannya untuk menerima piala pusingan.
"Aduh, sakitnya!" Suzan merintih menahan kesakitan. Murid-murid dan guru-guru yang ada di situ terkejut dan cemas. Masing-masing pandang-memandang.
Mujurlah, dalam keadaan cemas begitu, (2) Vincent dan Andrew tidak hilang akal. Mereka yang merupakan anggota Pasukan Bulan Sabit Merah cepat-cepat menghulurkan bantuan.
(3) Vincent dan Andrew segera memberikan pertolongan cemas kepada Suzan. Menurut mereka, tangan Suzan terseliuh. Mereka pun menganduh tangan Suzan yang cedera itu. Kemudian, (4) mereka bersama-sama dengan Cikgu Lim membawa Suzan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
NILAI-NILAI MURNI:
1) Kita mestilah berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini.
yang tidak diingini.
2) Kita harus bertindak cepat untuk memberi bantuan kepada kawan kita yang ditimpa
kemalangan.
kemalangan.
3) Kita hendaklah sedaya upaya memberi bantuan kepada kawan untuk meringankan
kesakitan yang dialami.
kesakitan yang dialami.
4) Kita haruslah rasa prihatin terhadap kawan-kawan.
Latihan 2
Tulis empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Budi Baik Dikenang Jua
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Di balik Pulau Angsa Dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.
Ada padi ada beras,
Bertanak nasi periuk suasa;
Ada budi ada balas,
Orang berbudi kita berbahasa.
Buah rambai di dalam peti,
Masam manis pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
Hendak memetik daun palas,
Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan untuk dibalas,
Hanya untuk kenang-kenangan.
NILAI-NILAI MURNI:
1) Kita haruslah bersikap baik hati kepada semua orang.
2) Kita mestilah berterima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita.
3) Kita hendaklah menjadi manusia yang berhemah tinggi.
4) Kita haruslah mencurahkan kasih sayang sesama manusia.
Latihan 3
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
(1) Hassan merupakan Bendahari Kelab Kebudayaan dan Kesenian sekolahnya. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Hassan tinggal bersama-sama dengan ibunya yang sakit. (2) Dia menjaga ibunya dengan baik. Hassan tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan ibunya. Dia teringat akan wang tabung Kelab Kebudayaan dan Kesenian yang berjumlah RM1000.00 Dalam hatinya dia berkata bahawa dia boleh menggunakan wang itu dahulu.
Namun, (3 & 4) dia tidak sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh guru dan kawan-kawannya. Akhirnya, dia telah berjumpa dengan guru besar dan meminta bantuan beliau. (5) Pihak sekolah telah mengumpulkan wang untuk membiayai rawatan ibu Hassan.
NILAI / PENGAJARAN:
1) Sebagai seorang murid, kita mestilah bersikap amanah terhadap tugas yang
diberikan kepada kita.
diberikan kepada kita.
2) Sebagai anak, kita mestilah mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapa kita. Kita
mesti menjaga mereka ketika mereka sakit.
mesti menjaga mereka ketika mereka sakit.
3) Kita hendaklah bersikap jujur seperti Hassan yang tidak menggunakan wang tabung
kelabnya walaupun dia tidak mempunyai wang.
kelabnya walaupun dia tidak mempunyai wang.
4) Kita haruslah berfikiran rasional ketika menghadapi masalah.
5) Kita patut prihatin dan membantu orang yang di dalam kesusahan.
Latihan 4
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. (1) Amira segera bersiap untuk ke hospital. Dia tidak mahu terlewat. (2) Dia mahu menziarahi ibunya yang sedang sakit. Sudah seminggu ibu Amira dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah. (3) Amira tidak mahu ibunya ternanti-nanti akan kedatangannya.
Tidak berapa lama menunggu, akhirnya bas pun tiba. (4) Amira berbaris untuk menaiki bas. (5) Dia membiarkan kanak-kanak dan orang tua menaiki bas itu dahulu. Amira sampai pada pukul 3.45 petang. Masih ada 15 minit lagi sebelum waktu melawat. Amira duduk di sebuah kerusi yang disediakan di kawasan taman hospital berkenaan. (6) Dia mengeluarkan nota kecil dari dalam beg yang dibawanya. Amira membaca catatan yang dibuatnya.
Tepat jam 4.00 petang, pelawat-pelawat dibenarkan masuk. (7) Amira segera mendapatkan ibunya. Dia gembira melihat ibunya semakin sembuh.
NILAI / PENGAJARAN:
1) Kita haruslah mementingkan masa dan jangan terlewat untuk sesuatu kegiatan.
2) Kita mesti sedar akan tanggungjawab anak kepada ibu dengan menziarahi ibu yang
sedang sakit.
sedang sakit.
3) Kita hendaklah mementingkan ibu dan jangan biarkan ibu ternanti-nanti akan
kedatangan kita.
kedatangan kita.
4) Kita harus berdisiplin ketika menaiki bas.
5) Ketika menaiki bas, kita haruslah bertolak ansur dengan membiarkan kanak-kanak
dan orang tua menaiki bas dahulu.
dan orang tua menaiki bas dahulu.
6) Kita hendaklah mementingkan masa dengan membaca nota kecil sementara menunggu
masa melawat.
masa melawat.
7) Kita haruslah menyayangi ibu dan menunjukkan kegembiraan apabila ibu semakin sembuh.
Bina Ayat
Latihan 1
Tulis lima ayat yang
lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambarContoh Jawapan
1)
Murid- murid
kelas Enam Bestari sedang bergotong-royong membersihkan
bilik darjah mereka.
2)
Atirah sedang
membersihkan papan hitam dengan menggunakan pemadam.
3)
Jasmine dan Tony
sedang mengelap meja dan kerusi dengan kain buruk.
4)
Tan Zhi Hua
menyapu sampah dengan menggunakan penyapu supaya
kelasnya bersih.
5)
Lim sedang
mengelap cermin tingkap yang berhabuk.
Latihan
2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di
bawah.
Contoh Jawapan
1) Egog sedang
menyampaikan syarahan di atas pentas dengan penuh
semangat.
2) Para
penonton yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa
memasang
telinga untuk mendengar syarahan yang disampaikan oleh
Egog.
3) Guru Besar
menyampaikan piala kepada Egog yang mendapat johan
dalam
pertandingan syarahan itu.
4) Egog
diberikan tepukan gemuruh semasa menerima piala daripada guru
besar.
5) Jurugambar
berdiri di hadapan pentas untuk mengambil gambar Egog.
Latihan
3
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Contoh Jawapan
1) Penduduk Kampung Wawasan
mengadakan gotong-royong membersihkan sungai.
2) Encik Chong mengumpulkan
sampah-sarap lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.
3) Encik Liew mengeluarkan
sampah-sarap dari sungai dengan menggunakan skop.
4) Seorang pemuda yang kuat
mengangkat batu-batu yang berat ke tebing sungai.
5) Pak Cik Jamal pula
mengumpulkan batu kelikir dengan pongkes.
Latihan
4
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di
bawah.
Contoh Jawapan
1) Ibu sedang
menghidangkan bekalan makanan di bawah sebatang pokok.
2) Ayah sedang
memanggang kepak ayam dan dibantu oleh abang.
3) Saya dan adik perempuan
sedang membina istana pasir di tepi pantai.
4) Lelaki itu sedang melukis gambar pemandangan
di tepi sebuah pantai.
5) Seramai dua orang budak sedang bermandi-manda
sambil bermain bola.
Friday, November 23, 2012
RPH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MALAYSIA TAHUN 5
Tarikh : 1 Oktober 2012
Masa : 1100-1130 (30 minit)
Kelas : 5 Merah
Bilangan murid : 38 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema /Tajuk :
Sekolah
Sub tajuk : Aktiviti di bilik darjah
Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid pernah membaca petikan berbentuk cerita
semasa tahap 1
ii. Murid pernah mengunjungi bilik
darjah sekolah
Hasil Pembelajaran : i. Mentafsir gambar serta
meneliti gambar dengan lebih terperinci dan tersusun
ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kata kerja
berpandukan gambar
iii.
Mengembangkan kata kerja hingga menjadi ayat yang lengkap
iv. Menambah dan meluaskan
pengetahuan murid dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan
tulisan.
Fokus Utama
:
8.1 Membina dan menulis
perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 3 ( i )
Membina ayat majmuk dan ayat tunggal dengan peluasan subjek dan
predikat.
Fokus Sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkatan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Aras 2 ( i )
Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa : Kata kerja
Kosa kata :menyapu,menyusun,menghias,mengelap,menampal,memadam
Pengisian Kokurikulum :
i) Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Kesihatan
ii) Nilai murni :
Kebersihan, menjaga keselamatan diri,
kerjasama,
iii ) Penggabungjalinan : Aspek
tatabahasa dan kosa kata .
Kemahiran Bernilai Tambah :
1. Kemahiran Berfikir –
Menjana idea, mengenal pasti, menyenarai
2. Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
3. Kemahiran Belajar Cara
Belajar – membina maklumat
4. Kemahiran melihat,
mendengar, bertutur, menulis
Bahan Bantu Mengajar : LCD, laptop, lembaran kerja
Penyampaian/
Masa
|
Isi
Pelajaran/Kemahiran
|
Aktiviti
Pengajaran & Pembelajaran
|
Catatan
|
||||||||||||||
Set
induksi
(4
minit)
|
Guru menayangkan video
klip yang menggambarkan situasi di bilik darjah. Berdasarkan tayangan, guru
menanyakan beberapa soalan :
1. Adakah kamu
menonton wayang di pawagam?
2. Apakah yang
dilakukan oleh murid-murid dalam gambar?
3. Di manakah aktiviti
dalam gambar ini berlaku?
|
1. Guru menayangkan video klip yang
berkaitan dengan taman permainan dan bersoal jawab tentangnya.
2. Guru mengaitkannya dengan kemahiran
membina ayat berdasarkan gambar yang bertajuk Bilik Darjah Sekolah.
|
ABM :
laptop, skrin
Kemahiran :
melihat, mendengar dan
bertutur.
|
||||||||||||||
Langkah
1
( 5
minit)
|
Menyenaraikan
kata kerja berdasarkan gambar yang dipaparkan melalui skrin.
1. Menyapu
2. Menghias
3. Menyusun
4. Memadam
5. Mengelap
|
1. Guru mempamerkan slaid power point tentang
suasana di bilik darjah.
2.
Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja berpandukan gambar pada
slaid.
3. Murid memberikan sekurang-kurangnya
lima kata kerja.
4. Guru memberi respon terhadap semua jawapan
murid.
5. Guru menghuraikan nilai yang sesuai yang
diterapkan dalam gambar.
|
ICT
Konstruktivisme Interpersonal
Verbal
Linguistik
BBM :
Slaid
power
point,
laptop
Kemahiran:
Melihat
dan berfikir, mengenal pasti
Nilai
:
Menjaga
keselamatan diri, menjaga kebersihan
Sistem
bahasa:
Tatabahasa
(morfologi) – kata kerja
|
||||||||||||||
Langkah
2
( 7
minit)
|
1. Guru
meminta murid mengikut langkah pelaksanaan MASBBD untuk membina ayat yang
lengkap.
|
1. Guru mempamerkan jadual maklumat yang telah
dibuat.
2. Guru
menyoal menggunakan kaedah MASBBD.
3. Guru membantu dan membimbing murid untuk
menaip jawapan mereka pada jadual yang telah disediakan.
4. Guru membantu dan membimbing murid untuk
menulis jawapan pada jadual.
|
ICT
Sistem
Bahasa
Tatabahasa
(morfologi) – kata kerja, kata nama
Teknik
MASBBD:
bertanya
dan menjawab
KBKK:
Menjana
idea
|
||||||||||||||
Langkah
3
( 10
minit)
|
Pembentukan
kumpulan
Membina
ayat berdasarkan gambar.
CONTOH JAWAPAN
1) Murid- murid kelas Enam Bestari sedang
bergotong-royong membersihkan bilik darjah mereka.
2)
Atirah sedang membersihkan papan hitam dengan menggunakan pemadam.
3) Jasmine dan Tony sedang mengelap
meja dan kerusi dengan kain buruk.
4)
Tan Zhi Hua menyapu sampah dengan menggunakan penyapu supaya kelasnya
bersih.
5)
Lim sedang mengelap cermin tingkap yang berhabuk.
|
1. Murid diminta berbincang di dalam kumpulan
untuk membina ayat berdasarkan gambar.
2. Guru mengedarkan gambar yang sama seperti
slaid kepada murid.
3. Guru meminta murid membina dan menulis ayat
berdasarkan gambar menggunakan teknik MASBBD .
4. Setiap wakil kumpulan menulis jawapan pada
kertas majung.
5. Guru menyemak jawapan murid sambil memberi
tunjuk ajar kepada murid.
|
KBKK:
Menjana
idea, mendengar, menulis
Nilai
:
Bekerjasama
dalam kumpulan , berusaha dan rajin
Belajar
cara belajar :
Membina
maklumat
ABM:
-kertas
,pen
BBM:
-lembaran
kerja bina ayat
|
||||||||||||||
Penutup
(4 minit)
|
1. Memberi
tugasan yang berkaitan dengan membina ayat berdasarkan gambar tunggal sebagai
latihan pengukuhan di rumah.
|
1. Guru memberi pujian dan motivasi atas
penglibatan murid semasa aktiviti dijalankan.
2. Guru membuat rumusan tentang isi-isi
penting untuk tajuk hari ini.
3.Guru meminta
murid membaca ayat yang telah dipelajri.
4.Guru
mengedarkan latihan pengukuhan kepada semua murid.
|
Nilai :
Kerjasama
Kemahiran mendengar
|
Subscribe to:
Posts (Atom)