Tuesday, November 27, 2012

Tatabahasa


Kata Ganti Nama Diri
1.  Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
2.  Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis , iaitu:
     a.    Kata ganti nama diri pertama
     b.    Kata ganti nama diri Kedua
     c.    Kata ganti nama diri Ketiga
3.  Kata ganti nama diri boleh terdiri daripada bentuk tunggal(satu) dan bentuk jamak
      (lebih daripada satu).
Bentuk Tunggal
Bentuk Jamak
saya, aku, hamba, beta, patik
kami, kita
awak, engkau, kamu, anda, tuanku, tuan hamba
anda semua, kalian
dia, beliau, baginda
mereka

Pilih jawapan yang sesuai.

1.  Siew Ling berjanji akan pergi ke rumah Chi Kai petang ini.  _________ akan 
     berbincang tentang topik karangan.
     A.  Mereka             B.  Kami              C.  Kalian                 D.  Anda
           
2.  “Marilah ________ makan bersama-sama,” kata Kak Ina kepada Salwa.
     A.  kita                    B.  dia                 C.  kamu                  D.  beta

3.  “Ampun tuanku, izinkan ________ menyiasat punca sebenar perbalalan antara
     para pembesar istana,” sembah bendahara kepada Sultan Mahmud.
     A.  saya                   B.  patik              C.  hamba                D.  kamu

4.  “Bilakah ________ akan ke Perlis?” tanya Malik kepada Chong Meng.
     A.  patik                  B.  kamu             C.  kami                   D.  kalian

5.  Ong Ying gemar bermain piano.  _________ bermain pada waktu petang.
     A.  Beliau                B.  Saya              C.  Kau                     D.  Dia

 Contoh Jawapan
       
        1.   A
        2.   A
        3.   B
        4.   B
        5.   D

 











Penjodoh Bilangan
- digunakan untuk menentukan sesuatu benda, hal, tempat, perkara atau manusia
  mengikut saiz, rupa, dan bentuknya.
- digunakan bersama kata bilangan dan kata nama dalam ayat.

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul.

1.   Encik Gopal membuka  se____________ kedai runcit di Taman Raya.
2.   Setiap petang, Nazri akan membawa se__________ kambing peliharaannya ke
      padang ragut.
3.   Ayah menebas rumput dengan menggunakan se ___________ sabit yang tajam.
4.   Pekerja itu mengait beberapa ___________ buah kelapa sawit.
5.   Andy minum beberapa __________ air kerana dahaga.
6.   Harga se___________ cincin berlian itu sangat mahal.
7.   Siti membeli se____________ nasi lemak di gerai Pak Zami.
8.   Anggota polis Berjaya menangkap dua ____________ pencuri yang memasuki
      kedai itu.
9.   Pak Dollah mempunyai se_____________ tanah yang luas di Kampung Pauh.
10.Bajunya telah terkena beberapa __________ dakwat.

      Contoh Jawapan
       1.   titik
       2.   bentuk
       3.   buah
       4.   bidang
       5.   bilah
       6.   orang
       7.   kawan
       8.   kotak
       9.   biji
       10. bentuk

 
















 Imbuhan ter-
-bercantum dengan semua kata dasar.
-bagi perkataan yang bermula dengan huruf r dan bercantum dengan imbuhan ter-,
 salah satu r perlu digugurkan.
 Contoh:  ter + rasa = terasa


Pilih jawapan yang paling sesuai.
1.  Persatuan Bulan Sabit Merah turut _________ dalam jualan amal itu.
     A.    termasuk              B.    terbentuk               C.  terpilih                             D.    terlibat    

2.  Mereka menjual pakaian dan alat permainan ___________ kepada orang ramai.
     A.    terbaik                  B.    terpakai                  C.  termahal              D.    terpilih

3.  Kirana menangis _________ kerana kakinya luka.
     A.    terlonjak-lonjak                       C.       tergesa-gesa
     B.    teresak-esak                            D.       teraba-raba

4.  Kakinya luka kerana _________ paku karat.
     A.    terpijak                  B.   tertekan                 C.  terambil                    D.     terpot

5.  Adik sedang _________ di ruang tamu rumah.
     A.    terduduk                B.   tersenyum             C.  terkejut                     D.     terangkat

6.  Abang cedera parah kerana  ________ dari motosikalnya.
     A.    terhenti                 B.   terjatuh                  C.  terluka                        D.     terkorban           



       Contoh Jawapan

          1.   D
          2.   B
          3.   B
          4.   A
          5.   A
          6.   B

 












 Kata Sendi Nama
- digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa yang lain.
- hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Contoh kata sendi nama:  bagi, untuk, dari, daripada, di, ke, pada, kepada, dengan, oleh,
                                             hingga, sampai, seperti, bagai, tentang, akan, demi, sejak,
                                             semenjak, terhadap, antara, sebagai

Gariskan kata sendi nama yang sesuai digunakan dalam ayat-ayat di bawah.
1.  Mak Munah memotong buah mangga ( dengan /  oleh ) pisau.
2.  Hujan turun dengan tidak berhenti-henti ( sejak  /  hingga ) pagi tadi.
3.  Ying Tat berasal ( daripada  /  dari ) Beijing.
4.  Hadiah itu telah diserahkan ( pada  /  kepada ) pemenang pertandingan melukis.
5.  Ayah memarahi abang kerana mandi ( ke / di ) kawasan lombong itu.
6.  Berita ( terhadap / tentang ) pemalsuan dokumen itu hangat diperkatakan.
7.  Dua ( dari / daripada ) lima orang anaknya diserang penyakit aneh.
8.  Kutipan derma ini dibuat ( bagi / untuk ) membina sebuah perpustakaan mini.

 Contoh Jawapan

    1.   dengan
    2.   sejak
    3.   dari
    4.   kepada
    5.   di
    6.   tentang
    7.   daripada
    8.   untuk

 
 











Nilai Murni & Pengajaran


Latihan 1
Tulis empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.

Pasukan koir sekolah Suzan diumumkan sebagai johan. Suzan dan kawan­-kawannya terlonjak-Ionjak kegembiraan. Sebagai ketua pasukan, Suzan dipersilakan naik ke pentas. Dia mewakili pasukannya untuk menerima piala pusingan.
Malang tidak berbau. Tanpa disangka-sangka, suasana gembira bertukar menjadi duka. (1)  Suzan yang leka kerana terlalu gembira tergelincir semasa menuruni pentas. Dia tersungkur ke lantai bersama-sama dengan pialanya.
"Aduh, sakitnya!" Suzan merintih menahan kesakitan. Murid-murid dan guru-guru yang ada di situ terkejut dan cemas. Masing-masing pandang­-memandang.
Mujurlah, dalam keadaan cemas begitu, (2)  Vincent dan Andrew tidak hilang akal. Mereka yang merupakan anggota Pasukan Bulan Sabit Merah cepat-cepat menghulurkan bantuan.
(3) Vincent dan Andrew segera memberikan pertolongan cemas kepada Suzan. Menurut mereka, tangan Suzan terseliuh. Mereka pun menganduh tangan Suzan yang cedera itu. Kemudian, (4) mereka bersama-­sama dengan Cikgu Lim membawa Suzan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

NILAI-NILAI MURNI:
 1)      Kita mestilah berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara untuk mengelakkan kejadian 
         yang tidak diingini.
2)        Kita harus bertindak cepat untuk memberi bantuan kepada kawan kita yang ditimpa 
         kemalangan.
 3)      Kita hendaklah sedaya upaya memberi bantuan kepada kawan untuk meringankan 
         kesakitan yang dialami.
 4)      Kita haruslah rasa prihatin terhadap kawan-kawan.


Latihan 2
Tulis empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.

 Budi Baik Dikenang Jua

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Di balik Pulau Angsa Dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Ada padi ada beras,
Bertanak nasi periuk suasa;
Ada budi ada balas,
Orang berbudi kita berbahasa.

Buah rambai di dalam peti,
Masam manis pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Hendak memetik daun palas,
Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan untuk dibalas,
Hanya untuk kenang-kenangan.

NILAI-NILAI MURNI:

 1)      Kita haruslah bersikap baik hati kepada semua orang.
 2)      Kita mestilah berterima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita.
 3)      Kita hendaklah menjadi manusia yang berhemah tinggi.
 4)      Kita haruslah mencurahkan kasih sayang sesama manusia.


Latihan 3
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.

(1) Hassan merupakan Bendahari Kelab Kebudayaan dan Kesenian sekolahnya. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Hassan tinggal bersama-sama dengan ibunya yang sakit. (2) Dia menjaga ibunya dengan baik. Hassan tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan ibunya. Dia teringat akan wang tabung Kelab Kebudayaan dan Kesenian yang berjumlah RM1000.00 Dalam hatinya dia berkata bahawa dia boleh menggunakan wang itu dahulu.

Namun, (3 & 4) dia tidak sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh guru dan kawan-kawannya. Akhirnya, dia telah berjumpa dengan guru besar dan meminta bantuan beliau. (5) Pihak sekolah telah mengumpulkan wang untuk membiayai rawatan ibu Hassan.

NILAI / PENGAJARAN:
1)         Sebagai seorang murid, kita mestilah bersikap amanah terhadap tugas yang 
          diberikan kepada kita.
2)         Sebagai anak, kita mestilah mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapa kita. Kita 
          mesti menjaga mereka ketika mereka sakit.
3)         Kita hendaklah bersikap jujur seperti Hassan yang tidak menggunakan wang tabung  
          kelabnya walaupun dia tidak mempunyai wang.
4)         Kita haruslah berfikiran rasional ketika menghadapi masalah.
5)         Kita patut prihatin dan membantu orang yang di dalam kesusahan.


Latihan 4
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. (1) Amira segera bersiap untuk ke hospital. Dia tidak mahu terlewat. (2) Dia mahu menziarahi ibunya yang sedang sakit. Sudah seminggu ibu Amira dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah. (3) Amira tidak mahu ibunya ternanti-nanti akan kedatangannya.

Tidak berapa lama menunggu, akhirnya bas pun tiba. (4) Amira berbaris untuk menaiki bas. (5) Dia membiarkan kanak-kanak dan orang tua menaiki bas itu dahulu. Amira sampai pada pukul 3.45 petang. Masih ada 15 minit lagi sebelum waktu melawat. Amira duduk di sebuah kerusi yang disediakan di kawasan taman hospital berkenaan. (6) Dia mengeluarkan nota kecil dari dalam beg yang dibawanya. Amira membaca catatan yang dibuatnya.

Tepat jam 4.00 petang, pelawat-­pelawat dibenarkan masuk. (7) Amira segera mendapatkan ibunya. Dia gembira melihat ibunya semakin sembuh.

NILAI / PENGAJARAN:
1)      Kita haruslah mementingkan masa dan jangan terlewat untuk sesuatu kegiatan.
2)      Kita mesti sedar akan tanggungjawab anak kepada ibu dengan menziarahi ibu yang 
        sedang sakit.
3)      Kita hendaklah mementingkan ibu dan jangan biarkan ibu ternanti-nanti akan 
        kedatangan kita.
4)      Kita harus berdisiplin ketika menaiki bas.
5)      Ketika menaiki bas, kita haruslah  bertolak ansur dengan membiarkan kanak-kanak 
        dan orang tua menaiki bas dahulu.
6)      Kita hendaklah mementingkan masa dengan membaca nota kecil sementara menunggu 
        masa melawat.
7)      Kita haruslah menyayangi ibu dan menunjukkan kegembiraan apabila ibu semakin sembuh.







Bina Ayat


Latihan 1
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar










Contoh Jawapan

1)      Murid- murid kelas Enam Bestari sedang bergotong-royong membersihkan
bilik darjah mereka.

2)      Atirah sedang membersihkan papan hitam dengan menggunakan pemadam.

3)      Jasmine dan Tony sedang mengelap meja dan kerusi dengan kain buruk.

4)      Tan Zhi Hua menyapu sampah dengan menggunakan penyapu supaya
kelasnya bersih.

5)      Lim sedang mengelap cermin tingkap yang berhabuk.


Latihan 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.





















Contoh Jawapan

1)  Egog sedang menyampaikan syarahan di atas pentas dengan penuh
      semangat.

2)  Para penonton yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa
      memasang telinga untuk mendengar syarahan yang disampaikan oleh
      Egog.

3)  Guru Besar menyampaikan piala kepada Egog yang mendapat johan
      dalam pertandingan syarahan itu.

4)  Egog diberikan tepukan gemuruh semasa menerima piala daripada guru
      besar.

5)  Jurugambar berdiri di hadapan pentas untuk mengambil gambar Egog. 

Latihan 3
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.    













Contoh Jawapan

1)  Penduduk Kampung Wawasan mengadakan gotong-royong membersihkan sungai.

2)  Encik Chong mengumpulkan sampah-sarap lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.

3)  Encik Liew mengeluarkan sampah-sarap dari sungai dengan menggunakan skop.

4)  Seorang pemuda yang kuat mengangkat batu-batu yang berat ke tebing sungai.

5)  Pak Cik Jamal pula mengumpulkan batu kelikir dengan pongkes.

Latihan 4
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.














Contoh Jawapan

1)  Ibu sedang menghidangkan bekalan makanan di bawah sebatang pokok.

2)  Ayah sedang memanggang kepak ayam dan dibantu oleh abang.

3)  Saya dan adik perempuan sedang membina istana pasir di tepi pantai.

4)  Lelaki itu sedang melukis gambar pemandangan di tepi sebuah pantai.

5)  Seramai dua orang budak sedang bermandi-manda sambil bermain bola. 




Friday, November 23, 2012

RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5


Tarikh                     : 1 Oktober 2012
Masa                      : 1100-1130 (30 minit)
Kelas                      : 5 Merah
Bilangan murid         : 38 orang
Mata Pelajaran         : Bahasa Malaysia
Tema /Tajuk             : Sekolah
Sub tajuk                 : Aktiviti di bilik darjah
Pengetahuan Sedia Ada:    i.  Murid pernah membaca petikan berbentuk cerita semasa tahap 1
                                        ii. Murid pernah mengunjungi bilik darjah sekolah
Hasil Pembelajaran        :  i.   Mentafsir gambar serta meneliti gambar dengan lebih terperinci dan tersusun
               ii.  Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kata kerja berpandukan gambar
               iii. Mengembangkan kata kerja hingga menjadi ayat yang lengkap
               iv. Menambah dan meluaskan pengetahuan murid dalam perbendaharaan kata, 
                  perkembangan bahasa dan tulisan.
Fokus Utama                   : 
8.1 Membina  dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 3 ( i ) 
Membina ayat majmuk dan ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
Fokus Sampingan           :
8.1  Membina  dan menulis perkatan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2 ( i )
Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa     : Kata kerja
Kosa kata        :menyapu,menyusun,menghias,mengelap,menampalmemadam
Pengisian Kokurikulum : 
i)  Ilmu                        :  Pendidikan Moral, Pendidikan Kesihatan
ii) Nilai murni               :  Kebersihan, menjaga keselamatan diri, kerjasama,
iii ) Penggabungjalinan :  Aspek tatabahasa dan kosa kata                              .
Kemahiran Bernilai Tambah :
1.       Kemahiran Berfikir – Menjana idea, mengenal pasti, menyenarai
2.       Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3.       Kemahiran Belajar Cara Belajar – membina maklumat
4.       Kemahiran melihat, mendengar, bertutur, menulis
Bahan Bantu Mengajar : LCD, laptop, lembaran kerja

Penyampaian/ Masa

Isi Pelajaran/Kemahiran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan
Set induksi
(4 minit)
Guru menayangkan video klip yang menggambarkan situasi di bilik darjah. Berdasarkan tayangan, guru menanyakan beberapa soalan :

1. Adakah kamu menonton wayang di pawagam?
2. Apakah yang dilakukan oleh murid-murid dalam gambar?
3. Di manakah aktiviti dalam gambar ini  berlaku?
1.  Guru menayangkan video klip yang berkaitan dengan taman permainan dan bersoal jawab tentangnya.
2.  Guru mengaitkannya dengan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar yang bertajuk Bilik Darjah Sekolah.
ABM :
laptop, skrin

Kemahiran :
melihat, mendengar dan bertutur.
Langkah 1
( 5 minit) 
Menyenaraikan kata kerja berdasarkan gambar yang dipaparkan melalui skrin.
      1.    Menyapu
      2.    Menghias
      3.    Menyusun
      4.    Memadam
      5.    Mengelap








1. Guru mempamerkan slaid power point tentang suasana di bilik darjah.
 2.   Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja berpandukan gambar pada slaid.
3.    Murid memberikan sekurang-kurangnya lima  kata kerja.
4.    Guru memberi respon terhadap semua jawapan murid.
5.    Guru menghuraikan nilai yang sesuai yang diterapkan dalam gambar.
     

ICT Konstruktivisme Interpersonal

Verbal Linguistik

BBM :
Slaid power
point, laptop

Kemahiran:

Melihat dan berfikir, mengenal pasti

Nilai :
Menjaga keselamatan diri, menjaga kebersihan

Sistem bahasa:
Tatabahasa (morfologi) – kata kerja
Langkah 2          
( 7 minit)
       1.  Guru meminta murid mengikut langkah pelaksanaan MASBBD untuk membina ayat yang lengkap.

MASBBD
MAKLUMAT
Mengapa
Supaya kelihatan bersih /
Agar kelihatan kemas
Apa
menyapu / menghias /menyusun /
mengelap / memadam
Siapa
Chong Meng / Jasmine/ Murid lelaki /Murid perempuan  / Ketua darjah/Tony
Bila
Pada waktu rehat
Bagaimana
Menggunakan kain/menggunakan penyapu
Di mana
Di bilik darjah
1.  Guru mempamerkan jadual maklumat yang telah dibuat.
 2.  Guru menyoal menggunakan kaedah MASBBD.
3.  Guru membantu dan membimbing murid untuk menaip jawapan mereka pada jadual yang telah disediakan.

4.  Guru membantu dan membimbing murid untuk menulis jawapan pada jadual.
     





ICT
Sistem Bahasa
Tatabahasa (morfologi) – kata kerja, kata nama

Teknik MASBBD:
bertanya dan menjawab

KBKK:
Menjana idea






Langkah 3
( 10 minit) 
Pembentukan kumpulan

Membina ayat berdasarkan gambar.

CONTOH JAWAPAN

       1)  Murid- murid kelas Enam Bestari sedang bergotong-royong membersihkan bilik darjah mereka.

       2)  Atirah sedang membersihkan papan hitam dengan menggunakan pemadam.

       3)  Jasmine dan Tony sedang mengelap meja dan kerusi dengan kain buruk.

       4)  Tan Zhi Hua menyapu sampah dengan menggunakan penyapu supaya kelasnya bersih.

       5)  Lim sedang mengelap cermin tingkap yang berhabuk.
1.  Murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk membina ayat berdasarkan gambar.
2.  Guru mengedarkan gambar yang sama seperti slaid kepada murid.
3.  Guru meminta murid membina dan menulis ayat berdasarkan gambar menggunakan teknik  MASBBD .
4.  Setiap wakil kumpulan menulis jawapan pada kertas majung.
5.  Guru menyemak jawapan murid sambil memberi tunjuk ajar kepada murid.

KBKK:
Menjana idea, mendengar, menulis

Nilai :
Bekerjasama dalam kumpulan , berusaha dan rajin

Belajar cara belajar :
Membina maklumat

ABM:
-kertas ,pen

BBM:
-lembaran kerja bina ayat
Penutup
(4 minit)
1.  Memberi tugasan yang berkaitan dengan membina ayat berdasarkan gambar tunggal sebagai latihan pengukuhan di rumah.






      1.  Guru memberi pujian dan motivasi atas penglibatan murid semasa aktiviti  dijalankan.
       2.  Guru membuat rumusan tentang isi-isi penting untuk tajuk hari ini.
       3.Guru meminta murid membaca ayat yang telah dipelajri.
       4.Guru mengedarkan latihan pengukuhan kepada semua murid.

     
Nilai :
Kerjasama

Kemahiran mendengar