Kata Ganti Nama Diri
1. Kata ganti nama diri digunakan untuk
menggantikan nama seseorang.
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga
jenis , iaitu:
a. Kata ganti nama diri pertama
b. Kata ganti nama diri Kedua
c. Kata ganti nama diri Ketiga
3. Kata ganti nama diri boleh terdiri daripada
bentuk tunggal(satu) dan bentuk jamak
(lebih daripada satu).
Bentuk
Tunggal
|
Bentuk
Jamak
|
saya, aku, hamba, beta,
patik
|
kami, kita
|
awak, engkau, kamu, anda,
tuanku, tuan hamba
|
anda semua, kalian
|
dia, beliau, baginda
|
mereka
|
Pilih jawapan yang sesuai.
1. Siew Ling berjanji akan pergi ke rumah Chi
Kai petang ini. _________ akan
berbincang tentang topik karangan.
A.
Mereka B. Kami C.
Kalian D. Anda
2. “Marilah ________ makan bersama-sama,” kata
Kak Ina kepada Salwa.
A.
kita B. dia C.
kamu D. beta
3. “Ampun tuanku, izinkan ________ menyiasat
punca sebenar perbalalan antara
para pembesar istana,” sembah bendahara
kepada Sultan Mahmud.
A.
saya B. patik C.
hamba D. kamu
4. “Bilakah ________ akan ke Perlis?” tanya
Malik kepada Chong Meng.
A.
patik B. kamu C.
kami D. kalian
5. Ong Ying gemar bermain piano. _________ bermain pada waktu petang.
A.
Beliau B. Saya C.
Kau D. Dia
|
Penjodoh Bilangan
- digunakan untuk
menentukan sesuatu benda, hal, tempat, perkara atau manusia
mengikut saiz, rupa, dan bentuknya.
- digunakan
bersama kata bilangan dan kata nama dalam ayat.
Isikan tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul.
1. Encik Gopal membuka se____________ kedai runcit di Taman Raya.
2. Setiap petang, Nazri akan membawa
se__________ kambing peliharaannya ke
padang ragut.
3. Ayah menebas rumput dengan menggunakan se
___________ sabit yang tajam.
4. Pekerja itu mengait beberapa ___________
buah kelapa sawit.
5. Andy minum beberapa __________ air kerana
dahaga.
6. Harga se___________ cincin berlian itu
sangat mahal.
7. Siti membeli se____________ nasi lemak di
gerai Pak Zami.
8. Anggota polis Berjaya menangkap dua
____________ pencuri yang memasuki
kedai itu.
9. Pak Dollah mempunyai se_____________ tanah
yang luas di Kampung Pauh.
10.Bajunya telah
terkena beberapa __________ dakwat.
|
Imbuhan
ter-
-bercantum dengan
semua kata dasar.
-bagi perkataan
yang bermula dengan huruf r dan bercantum dengan imbuhan ter-,
salah satu r perlu digugurkan.
Contoh:
ter + rasa = terasa
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Persatuan Bulan Sabit Merah turut _________
dalam jualan amal itu.
A. termasuk
B. terbentuk
C. terpilih D. terlibat
2. Mereka menjual pakaian dan alat permainan
___________ kepada orang ramai.
A. terbaik
B. terpakai
C. termahal D. terpilih
3. Kirana menangis _________ kerana kakinya
luka.
A. terlonjak-lonjak C. tergesa-gesa
B. teresak-esak D. teraba-raba
4. Kakinya luka kerana _________ paku karat.
A. terpijak
B. tertekan
C. terambil D. terpot
5. Adik sedang _________ di ruang tamu rumah.
A. terduduk B.
tersenyum C.
terkejut D. terangkat
6. Abang cedera parah kerana ________ dari motosikalnya.
A. terhenti
B. terjatuh
C. terluka D. terkorban
|
Kata Sendi
Nama
-
digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa yang lain.
-
hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
-
Contoh kata sendi nama: bagi, untuk,
dari, daripada, di, ke, pada, kepada, dengan, oleh,
hingga, sampai, seperti, bagai,
tentang, akan, demi, sejak,
semenjak, terhadap, antara, sebagai
Gariskan kata sendi nama
yang sesuai digunakan dalam ayat-ayat di bawah.
1. Mak Munah memotong buah mangga ( dengan
/ oleh ) pisau.
2. Hujan turun dengan tidak berhenti-henti (
sejak /
hingga ) pagi tadi.
3. Ying Tat berasal ( daripada / dari
) Beijing.
4. Hadiah itu telah diserahkan ( pada /
kepada ) pemenang pertandingan melukis.
5. Ayah memarahi abang kerana mandi ( ke / di )
kawasan lombong itu.
6. Berita ( terhadap / tentang ) pemalsuan
dokumen itu hangat diperkatakan.
7. Dua ( dari / daripada ) lima orang anaknya
diserang penyakit aneh.
8. Kutipan derma ini dibuat ( bagi / untuk )
membina sebuah perpustakaan mini.
|
No comments:
Post a Comment